saufiyuddin
6 tahun
Macam sesak nafas, mcm fatique sket time baring, tiada demam. Pagi tadi mengigil jap kaki. Batuk rasenye sekali bangun tido and swbelum tido
Sy laki berumur 30 tahun. Mcm susah nafas tpi xde demam. Batuk ade skali pagi tdi. Mlm smlm skali.
Bangun tidor, tetibe mcm sesak nafas. Tpi xde sakit dada. Ade sakitt dada sepintas lalu shj.
Possible COVID-19 ke?
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Namun begitu, secara umumnya masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Bagi mengetahui keperluan bagi anda melakukan ujian COVID-19, risiko haruslah diketahui terlebih dahulu. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































