
zakwan365
5 tahun
Mahu jalankan ujian Covid-19
Saya pelajar universiti di Jepun, sekarang pulang bercuti semester di Malaysia. Saya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum pihak KKM mengeluarkan kenyataan tentang tahap serius kes ini di Jepun. Saya tiada simptom tetapi mahu jalankan ujian. Soalan saya, di mana boleh saya buat ujian ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian darah dan ujian khas PCR diperlukan untuk mengenalpasti kewujudan virus tersebut. Bagi mendapatkan ujian ini, anda harus merujuk kepada doktor bagi mendapatkan pandangan tentang kesesuaian dan surat rujukan bagi menjalani ujian tersebut di hospital yang disahkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini