
Sulit
3 tahun
Mahu membuang najis tetapi dubur berasa sangt pedih
Saya perempuan berumur 17tahun. Perut saya selalu sakit Dan mahu membuang najis besar tetapi dubur saya rasa terlalu sakit dan pedih. Kenapa ehh doktor? Najis saya susah nk keluar disebabkan pedih didubur itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
- Najis yang keras dan kering
- Dehidrasi
- Kecederaan pada dubur
- Fistula in ano
- Anal fissure
- Ketumbuhan di dalam usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya:
- Gejala yang dialami berpanjangan
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian anda
- Sakit yang berpanjangan
- Najis bercampur darah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.