
nuratiqah9204
5 tahun
Maigren berpanjangan
Salam…saya wanita umur 27thn dan sudah berkahwin…sejak 2thn kebelakangan ni sy kerap maigren…utk pengetahuan dktr, dh smggu sy maigren…dh mkn ubt tp hilang sekejap shja…sy xpernah ke klnik @ hospital…sllu ambil ubt maigren dr farmasi shja, sejak 2thn lpas jgk pglihatan sy sgt kabur wlaupn sy pkai crmin mata…power sy tggi tp bla sy pkai spek gna power mta mmg xnpk, cermin spek mmg berbeza power dgn mata… Dan sy kerap lupa… Bru sejam dpt pesanan tp dh lupa sy tkut nk ke klnk @ hsptl… Mohon dktr jawab segera…trma ksh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah sakit kepala berterusan boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara antaranya :
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Disebabkan oleh ada mempunyai penambahan kuasa cermin mata , saya sarankan anda berjumpa optometrist untuk memeriksa cermin mata yang sesuai dengan anda. Dan oleh kerana sakit kepala anda sudah lama dan berpanjangan saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.