
Sulit
3 tahun
Makan maggie goreng jenama maggie / maggie goreng mamak / maggie (boat noodle)
Hai doktor. Saya mengandung anak pertama dan teringin hendak makan maggie goreng. Adakah jika saya meneruskan makan maggie goreng tersebut ia selamat untuk saya dan juga kandungan? Dan adakah maggie goreng jenama maggie / maggie goreng mamak / maggie (boat nodle) elok jika saya mengambilnya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang keadaan anda saat ini. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, maggi merupakan makanan yang tinggi kandungan garamnya. Sebarang makanan yang tinggi kandungan garam tidak disarankan untuk makan secara kerap sewaktu kehamilan atau tidak. Tiada sebarang bahan yang boleh memudaratkan kandungan secara langsung melalui makanan ini, namun, ia bukanlah makanan yang sihat.
Justeru itu, sila segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami
- Pening, mual & muntah
- Sakit kepala atau pitam
- Gangguan perdarahan
- Gangguan peningkatan berat badan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan & kehamilan anda, Kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.