
melisaa
5 tahun
Makan norcutin tapi belum period
Saya wanita 20’an dan belum berkahwin… Saya ada masalah period tidak teratur pada bulan 5 saya didatangi haid tp tidak datang haid pada bulan 6 7 dan 8. Saya sudah pergi ke klinik swasta dan doktor memberikan ubat pecah darah iaitu norcutin 5mg. Tp sudah 8 hari ubat saya ambil itu habis tapi saya belum period lagi… Apa yg saya perlu lakukan? Adakah saya perlu ke doktor semula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak menentu ini boleh disebakan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
Sekiranya haid anda masih tidak datang walaupun sudah habis mengambil Norcutin 5mg, anda boleh menyambung pengambilannya selepas tempoh 7 hari tidak mengambilnya. Sekiranya masalah ini masih lagi berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.