
Sulit
3 tahun
Makan panadol sebelum vaksin
Malam sebelum vaksin booster saya ambil panadol sebab sakit kepala. Kira-kira 12 jam sebelum vaksin. Ada side effect terhadap vaksin saya tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Berdasarkan kenyataan anda, tiada masalah untuk mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk melegakan kesan sampingan yang dialami seperti sakit atau ketidakselesaan di tempat suntikan.
Berikut merupakan kesan sampingan vaksin COVID-19 ataupun vaksin secara amnya:
- Demam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Lemah dan lesu badan
- Sakit, kemerahan, bengkak di bahagian suntikan
- Reaksi alahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.