
Sulit
4 tahun
Makan Perancang Ada Kemungkinan Hamil?
Pada bulan ini, saya telah mengalami period sebanyak dua kali. Tetapi saya ada satu instinct yg mengatakan saya hamil.
Saya telah melakukan ujian dan hasilnya negatif. Seandainya benar kehamilan itu terjadi, adakah saya perlu berhenti mengambil pil perancang?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid. ia disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi.
Sila klik pada link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Sekiranya anda didapati hamil, anda hendaklah menghentikan pengambilan dan berbincang dengan doktor berkenaan kandungan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.