
Sulit
4 tahun
Makan pil. Perancang sbb bel bersedia nak ada anak
Saya baru ja berkawin… Tapi saya blm bersedia dgn anak… Jadi saya ada ambil pil perancang yasmin…
Masalah saya dkt sini skrang ni… Saya bru ja start mkn pil tu tpi saya dh bersama dgn suami… Adakah boleh melekat sbb saya bru mkn pil tersebut… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jika pengambilan pil perancang adalah dalam jangka masa 5 hari bermulanya haid anda, anda bakal mendapat perlindungan serta-merta daripada kehamilan. Kaedah kontraseptif menggunakan pil perancang memerlukan kedisiplinan pengambilan setiap hari bagi mengelakkan kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih