Sulit
2 tahun
Makan pil perancang selepas berhenti haid selama seminggu
Sya wanita 20an…dan saya da habis dtang haid selama seminggu.sminggu seterusnya pada hari isnin sy memula memakan pil perancang jenis regulon…sy dan suami blum brhubungan intim…ada ka ubat tu berkesan mencegah kehamilan apabila sy berhubungan intim dngn suami selepas 3/4 hari makan pil perancang tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang mengambil masa hampir seminggu sebelum mampu memberikan perlindungan sepenuhnya. Oleh itu, saya menyarankan anda untuk berhubungan dengan suami seminggu selepas mengambil ubat perancang kehamilan tersebut. Hal ini adalah keran dalam tempoh masa 3 atau 4 hari selepas makan pil perancang, risiko untuk kehamilan masih ada kerana pil perancang tersebut belum memberikan perlindungan secara menyeluruh.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.