
Sulit
5 tahun
Makan pil postinor lebih 2 biji
Jika kita melakukan lebih sekali hubungan intim,adakah perlu makan pil postinor 2 lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil ini adalah pil perancang kecemasan yang diambil sekurang-kurangnya 72 jam selepas hubungan intim. Ia bukanlah pil perancang kehamilan yang boleh diambil secara kerap dan setiap kali bersama kerana boleh memberi kesan sampingan seperti muntah, perubahan kitaran haid.
Oleh itu, jika anda ingin merancang kehamilan, anda dinasihatkan mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis perancang kehamilan yang ada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.