
intansuraya77
5 tahun
Makan Ponstan ketika hamil
hi doktor, saya mengalami sakit kepala pada awal kehamilan dan terambil ponstan (1biji) yang ketika ini 6minggu kehamilan…saya difahamkan ubat tersebut memberi kesan sampingan pada kandungan, apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat Ponstan digunakan bagi mengurangkan rasa sakit seperti sakit kepala, sakit gigi, sakit otot dan sebagainya.
Merujuk kepada pengubatan semasa kehamilan pula, sebetulnya ubat Ponstan adalah dalam kategori C dan D. Kategori C disini bermaksud bahawa kajian terhadap haiwan telah menunjukkan kesan buruk pada janin dan tidak ada kajian terhadap wanita. Ubat harus diberikan hanya jika manfaat melebihi risiko terhadap janin. Kategori D pula adalah bahawa walaupun terdapat risiko terhadap janin manusia, faedah penggunaan pada wanita hamil boleh diterima walaupun terdapat risiko.
Apabila anda telah memakan ubat tersebut, adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rujukan agar kondisi janin dan anda diperiksa ulang. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.