
Sulit
4 tahun
Makan postinor berterusan
Bolehkah saya mengambil pil postinor secara berterudan? Contoh . Hari ini dah makan cukup 12 jam , makan for second pill , then esok melakukan hubungan , makan lgi ? Bolehkah begiti dokter ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pil perancang kecemasan tidak digalakkan untuk diambil secara kerap kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengubah kitaran haid anda. Maka, jika anda ingin merancang kehamilan, anda digalakkan untuk mengambil perancangan keluarga jangka masa panjang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih