
Sulit
3 tahun
Makan postinor sebelum vaksin dan makan fluconazole
Saya wanita 20an . Pada 29/10 saya makan postinor sehari selepas bersama dengan suami saya . 12 jam setelah dos pertama saya makan dos yg kedua. Pada 6/11 saya akan menerima vaksin booster .
Soalan pertama , berapa lama postinor dalam badan saya dan bolehkan saya menerima vaksin tersebut ? Adakah pil postinor mempengaruhi vaksin yang akan saya terima ?
Soalan kedua , selepas menerima vaksin boleh kah saya makan ubat fluconazole ? Kerana jangkitan kulat saya kembali selepas makan postinor .
Harap dua soalan saya dijawap . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga waktu ini, tidak ada kajian yang menyatakan bahawa wanita yang mengambil pil postinor tidak boleh mengambil vaksin. Anda boleh mengambil vaksin selepas makan pil postinor. Vaksin Covid 19 telah diluluskan oleh KKM dan selamat untuk digunakan.
Selepas menerima vaksin, anda boleh mengambil ubat fluconazole. Hal ini adalah kerana ubat fluconazole tidak akan mempengaruhi efek daripada vaksin dan begitu juga sebaliknya.
Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor