
Sulit
5 tahun
Makan postinor tapi period 2hari je lepastu next month tak datang lagi
SAYA WANITA UMUR 23TAHUN. BULAN LEPAS (SEPTEMBER SAYA DAH DATANG BULAN. LEPASTU SAYA ADA MAKAN POSTINOR KEESOKAN PAGINYA LEPAS MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS. LEPAS 3HARI MAKAN POSTINOR TU, SAYA DATANG BULAN TAPI DUA HARI JE. MAKSUDNYA ADA DARAH TAPI SIKIT JE.
SEKARAN BULAN 10 SAYA MASIH TAK DATANG BULAN.
ADA KEMUNGKINAN SAYA MENGANDUNG KE?
TAPI SAYA DAH PERIOD LEPAS 3HARI MAKAN POSTINOR TU.
TERIMA KASIH

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Postinor boleh memberi kesan sampingan seperti haid tidak teratur. Kemungkinan, kitaran haid anda telah dipengaruhi postinor tersebut.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menjalankan ujian kehamilan bagi mengetahui status kehamilan. Sila klik pada link dibawah untuk mengetahui cara penggunaan UPT. Ujian ini digalakkan untuk dilaksanakan 1 minggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.