
maisarahmarzuki07
5 tahun
Makan ubat ketika hamil
Salam doktor. Sy pregnant 3 bulan. Sy ingin bertanya, sy batuk selama 2 minggu dah sy pergi ke klinik untuk dapat nasihat doktor. Doktor berikan sy ubat yang dikatakan ‘safe for pregnancy’. Tapi bila sy baca article, ade yang menyatakan tak boleh makan ubat semasa 3 bulan awl kehamilan. Boleh doktor huraikan adakah selamat memakan ubat masa di awl kehamilan? Jika tidak elok, kenapa dr memberikan sy ubat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sesetengah ubat adalah selamat untuk digunakan semasa hamil. Jika doktor tersebut memberi ubat kepada anda, ia bermakna ubat itu selamat untuk diambil. Untuk menjawab persoalan anda, kami prelu tahu nama ubat dan artikel yang anda baca. Baru boleh beritahu bahawa ubat tersebut adalah selamat untuk anda ke tidak.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda disarankan untuk berunding dengan kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.