
yukpharad
6 tahun
Makan ubat pil perancang
Bolehkah saya makan ubat pil perancang selepas sebulan saya berhubung ngan suamo saya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa jenis pil perancang sama ada progestin sahaja atau gabungan progestin dan estrogen yang dipanggil COCP (Combined Oral Contraceptives Pill). COCP perlu diambil setiap hari dan sebaik-baiknya pada masa yang sama untuk mengekalkan tahap hormon yang dihendaki di dalam badan. Jika anda terlupa untuk mengambil pil, ia akan mengurangkan kesannya dan risiko untuk kehamilan berlaku akan meningkat. Kesan penyalahgunaan ia yang paling biasa adalah kegagalan kontraseptif. Apabila ia tidak diambil dengan betul, peluang kehamilan yang tidak diingini menjadi lebih tinggi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih