
Sulit
4 tahun
Makan ubat regulon dan antibiotik amoxicap 500
Dr saya ingin bertanya. Saya seorang wanita berusia 24 tahun. Saya ada pcos dan Dr bagi saya ubat Regulon untuk makan setiap hari selama 3 bulan. Setelah dikaji, Regulon ini juga dimakan untuk orang yang merancang untuk hamil. Persoalan saya adalah boleh ke sekiranya saya makan ubat antibiotik Amoxicap 500mg sepanjang 3x sehari dah malam saya makan Regulon? Saya amik Amoxicap antibiotics kerana Dr dapati ada kuman di telinga saya Hal ini kerana saya takut sekiranya ubat ini ada tindakan balas yang memudaratkan kesihatan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan ubat antibiotik tidak mengubah kesan pil perancang kehamilan. Namun begitu, saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian dalam hal ini. Hal ini kerana terdapat beberapa maklumat tambahan yang perlu saya pertimbangkan sebelum memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.