Sulit
4 tahun
Makan ubat selepas makan durian
Doc… sy berumur 27tahun… tadi saya ada termakan durian… Tibe2 asma saya dtang., Blh kah sy terus memakan predisolone?? Atau perlu menjarakkan masa selepas makan durian… sy ada juga menggunakan inhaler… ada apa-apa kesan tak??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya belum terdapat bukti objektif yang mencukupi untuk menandakan durian sebagai pencetus asma. Bagaimanapun, apa pun pencetus asma, anda seharunya menjalankan langkah-langkah pengubatan secepatnya agar tidak terjadi sesak nafas atau hilang nafas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.