
Sulit
3 tahun
Makan ubat tahan sakit dan panadol selepas cucuk vaksin
saya masih lagi makan ubat tahan sakit untuk kecederaan yg saya alami. tapi saya kan cucuk 2nd dose pada khamis ini.bolehkah saya makan panadol dan ubat tahan sakit bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang tertentu. Ubat tahan sakit hanya perlu diambil jika anda rasa sakit sahaja. Sehingga waktu ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat interaksi antara ubat yang dinyatakan dan vaksin covid-19. Akan tetapi, adalah lebih baik jikalau anda mengambil paracetamol sahaja.
Namun begitu, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini