
Sulit
4 tahun
Makanan keluar semula selepas makan
Saya wanita dlm awl 30an, saya ada soalan yang ingin ditanyakan… saya ada mengalami masalah setelah saya makan, mkanan itu akan keluar semula… saya akan rasa seperti mahu sedawa tetapi yang keluar itu semua mkanan yang saya makan… ia akan keluar walaupon sedikit… kalau saya minum air pon air itu akan keluar semua… kadang semuanya akan keluar, kadang sedikit sahaja… saya telah mengalami lebih Dr 3 bln simptom ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- alahan dari pemakanan
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gangguan ketidakstabilan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).