
rahmanpg
4 tahun
Makanan untuk demam campak
Saya terkena demam campak dan bolehkah saya makan baked beans jenama Yeos berserta nasi putih dengan sup ayam kosong.Dan minuman seperti kopi o dan milo ada apa2 kesan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada sebarang diet khas atau larangan untuk makan makanan yang disebutkan anda ketika menghidapi demam campak melainkan anda alah kepada makanan tersebut. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.