
Sulit
4 tahun
Makanan utk hsilkan susu badan
Salam sejahtera.saya wanita berusia 30an.mempunyai bayi lelaki 8 bulan.di awal kelahiran saya berikan susu badan.selepas habis pantang susu saya kering.dan sekarang anak 8 bulan boleh ke badan saya hasilkan lagi susu badan.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penghasilan air susu. Antaranya:
Faktor ibu
Tekanan / Kebimbangan (boleh mengurangkan pengeluaran dan refleks pengeluaran susu)
Pemisahan ibu dan anak (contohnya, kembali bekerja, sekolah)
Ketidakseimbangan hormon (kelenjar tiroid, sindrom ovarium polikistik, diabetes jenis 1 atau 2)
Kehamilan baru
Tisu payudara tidak mencukupi (payudara berbentuk tiub)
Pembedahan pada payudara atau puting;
Kecederaan payudara/kaedah penyusuan yang teruk
Penyalahgunaan pengepam susu (rangsangan yang kurang cekap);
Nutrisi ibu yang tidak mencukupi (kurang daripada 1500 kalori sehari).
Faktor bayi
- Menggunakan susu formula
- Bayi menolak untuk menghisap payudara (aliran cepat, puting rata, puting besar)
- Bayi tidur dalam jangka masa yang lama atau tidak bangun (penyakit kuning, pramatang, ubat tertentu)
- Jangka masa yang panjang antara penyusuan (bayi tidak bangun pada waktu malam)
- Sedutan nayi yang lemah (bayi pramatang, bayi yang sakit, trisomi 21)
- Frenulum lidah pendek.
Antara langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan penghasilan susu badan adalah:
Pastikan cara anak anda menghisap susu adalah betul
Teruskan memberi susu badan
Pam susu badan anda sekiranya anak anda tidak kerap menyusu- semakin kerap susu badan dikeluarkan semakin banyak penghasilan susu
Susukan bayi dari kedua belah payu dara
Panjangkan tempoh bayi anda menyusu sekurang-kurangnya 10 minit
Amalkan diet yang seimbang dan amalkan makanan seperti oatmeal, sayuran hijau gelap, dan badam untuk membantu anda mendapatkan kalori tambahan yang diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.