
Sulit
3 tahun
Maksud bergejala covid 19
Hi doktor. Saya ingin bertanya. Baru2 ini saya telah di kesan sebagai kontak kasual tidak bergejala di my sejahtera. Saya diminta membuat penilaian kendiri setiap hr. Jadi kalau ada salah satu tanda sudahkah dikira bergejala. Atau pun kena ada semua tanda baru dikira bergejala. Sy sdh lengkap 2 dos vaksin.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah rendah. Anda tidak perlu menjalani ujian PCR jika tidak mempunyai gejala, dan anda tidak perlu menjalani kuarantin. Anda tidak semestinya mempunyai semua gejala jika menjangkiti Covid-19.
Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini