
Sulit
5 tahun
Maksud Kuarantin 14 hari
Saya wanita 30an. Saya ingin bertanya ada kontak rapat yg perlu dikuarantin 14 hari. Saya difahamkan kontak rapat ini bekerja disalah satu hospital yang disenaraikan dalam senarai KKM kes COVID-19.Pada masa yg sama kontak rapat ada membuat majlis dirumah. Seseorg yg perlu kuarantin 14hari boleh ke membuat apa2 majlis dirumah?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Kuarantin bermaksud mengasingkan diri daripada orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Kontak rapat perlu mengasingkan tempat tidur dan tandas daripada orang lain. Jika hendak berhubung mestilah memakai topeng muka. Sekiranya kontak tersebut hendak membuat majlis, dikhuatiri ia boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID19 pada individu lain.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini