
hairi_fly160
5 tahun
Maksud Zakar melecet
Saya nak bertanya pada doktor apa maksud zakar melecet ya? Ianya sejenis luka atau urat atau apa ya doktor?
saya memang ada masalah sakit bawah zakar rasa mcm tisu dh nipis sampai kulit bawah terseret seluar sakit sangat mcm kna pisau akibat onani setiap hari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, zakar melecet ini disebabkan oleh geseran yang berpanjangan sama ada dengan aktiviti seharian atau pemakaian yang terlalu ketat.
Anda boleh memakai pakaian yang lebih longgar dan berhentikan aktiviti onani anda supaya kulit mendapati masa untuk bersembuh. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.