
thatman22
6 tahun
Malasezzia folliculitis
Saya mengalami jerawat kecil1 di bahagian muka hampir 6 bulan. Setelah menggunakan produk anti jerawat spt benzoyl peroxide, jerawat tersebut masih tidak hilang. Jadi saya anggap saya mengalami MF setelah meneliti simpton2 yg saya alami. Jadi, saya ingin meminta cadangan doktor sekalian untuk memilih ubat oral yg sesuai untuk mengatasi MF ini. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, saya faham anda risau dan tidak selesa dengan jerawat anda yang tidak hilang walaupun telah menggunakan produk anti jerawat. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk tidak terus membuat kesimpulan berdasarkan pembacaan anda sahaja. Sebaiknya anda boleh bertemu doktor untuk mengetahui punca sebenar jerawat anda tidak hilang.
Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, hormon, masalah kulit atau tabiat tabiat tertentu. Oleh itu, anda perlu merujuk perkara ini kepada yang lebih arif tentangnya. Anda boleh ke klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.