
Anonymous
5 tahun
Malu untuk berjumpa doktor atas pesakit sifilis dihidapi
saya pernah menderma darah dan didapati darah mengandungi sifilis, namun saya berasa sangat malu untuk berjumpa doktor kerana penyakit ini amat memalukan dan pernah disindir Dr. Apakah langkah terbaik yang boleh diambil? Bolehkah seseorang yg mghidapi penyakit ini berkahwin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami memohon maaf atas pengalaman anda disindir oleh rakan seperjuangan kami. Mereka itu adalah nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. Anda boleh bercakap dengan kami secara atas talian atau terus ke hospital dan berjumpa doktor pakar ‘infectios disease’ (penyakit berjangkit) atau pakar perubatan.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan jangan berasa malu kerana penawarnya tersedia. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.