
Sulit
5 tahun
Mantoux Test untuk TB
Doc, saya telah mengalami batuk tidak berkahak selama 3 minggu dan masih tidak pulih. Saya telah berjumpa doktor dan hari ini saya diarahkan untuk mengambil suntikan mantoux bagi mengesan kuman TB. Saya dimaklumkan setelah mengambil suntikan ini, kawasan yang disuntik tidak boleh digaru, terkena sabun dan sebagainya, hanya boleh terkena air sahaja. Namun sebelum saya disuntik, pegawai kesihatan yang bertugas telah menconteng bulatan pada lengan saya yang menandakan kawasan yang ingin disuntik dengan menggunakan pen. Persoalan saya, bagaimanakah cara untuk saya menanggalkan dakwat pen di tempat suntikan tersebut memandangkan saya tidak boleh menggunakan sabun dan sukar ditanggalkan dengan menggunakan air semata-mata? Mohon maklumbalas daripada doktor. Terima kasih.

5 tahun
Terim kasih
Kami memahami bahawa anda baru sahaja menjalani ujian mantuox dan ingin menanggalkan kesan dakwat. Kami kurang pasti akan kaedah penanggalan dakwat kerana ia bergantung kepada jenis dakwat yang digunakan. Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor yang merawat anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih