
Sulit
4 tahun
Masa sesuai untuk ambil pil perancang selepas keguguran
Hai doc. Bilakah masa yang sesuai untuk ambil pil perancang selepas keguguran? Saya sudah 8 hari keluar darah nifas dan hampir kering. Saya keguguran lengkap dan tiada yang tertinggal. Adakah saya sudah terlewat untuk ambil pil perancang sebab saya ada tengok di laman web sepatutnya ambil pil serta merta selepas keguguran?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami simpati atas masalah yang anda hadapi iaitu ingin mengetahui sama ada terlewat mengambil pil perancang selepas keguguran dibenarkan atau tidak.
Walaupun anda tidak mengambil ubat itu serta merta selepas keguguran, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti suami anda memakai kondom atau anda sendiri memakai kondom wanita selama tujuh hari pertama semasa mengambil pil kontraseptif itu.
Kekalkan kesejahteraan rumah tangga anda dengan perancangan keluarga yang lebih efektif
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan yang mandatori untuk mendapatkan perancangan keluarga yang berjaya. Pastikan anda mengikut nasihat dan dos ubat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.