
Anonymous
5 tahun
Masaalah air kencing berbuih
saya wanita berumur 56 tahun dan mempunyai penyakit MCTD dan dh hampir sebulan bila kencing berbuih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda, kencing berbuih boleh disebabkan oleh:
- Kesan terhadap buah pinggang oleh penyakit MCTD
- Jangkitan kuman buah pinggang ataupun saluran air kencing
- Diabetes
- Protein lebih
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.