
norsharlydia
5 tahun
Masaalah period tidak teratur
Saya berumur 29 Tahun telah berkahwin Dan mempunyai 3 orng cahaya mata.anak ke 3 sy ambk dpo selama 6 bulan,sy stop…semasa ambk dpo period x ad lngsg.selepas stop bln pertama ok,bln ke2 poblm dh x normal.sebulan 2 kali…period pertama 4 hari cikit2,selang 4 hari datang BLK selama 3 or 4 hari.pastu stop…selama selama 7 bulan mcm tu.bln 4 baru no sy disahkan Hamil…tp terpaksa cuci kerana BBY x membesar.hr NI genap 41 Hari cuci.period sy dtg 3 Hari,tp x byk…selang 4 hari drh dtg BLK cikit sngt…knp doktor ya…sy risau.sy ad mslh keputihan n lendir.sampel dh ambk semua normal.mslsh period x teratur ni sy dh tny byk doktor sblm ni.semua ckp kesan sbb stop dpo.harap doktor dpt membantu sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan pelbagai faktor selain daripada kesan penggunaan suntikan perancang kehamilan. Antara faktor yang boleh mempengaruhi kitaran haid adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.