
mazlanmasnan497
6 tahun
Masaalah Resdung alahan
Saya lelaki berumur 38,saya mengalami masaalah resdung Yang sudah agak lama,adakah rawatan untuk penyembuhan

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara gejala resdung atau allergic rhinitis adalah:
- masalah selsema di pagi hari
- mata berair
- kegatalan sama ada pada mata atau anggota badan yang lain
- alahan yang menyebabkan kesemua simptom ini.
- sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai resdung yang tidak serius, doktor mungkin boleh mengesyorkan menggunakan cecair cuci hidung (decongestant) atau air saline. Walaubagaimanapun anda memerlukan pemeriksaan lanjut dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak tuan, resdung atau sinusitis biasanya adalah radang pada ringga hidung dan biasanya disebabkan oleh rongga hidung yang tersumbat. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti struktur hidung itu sendiri dan juga masalah alahan yang menyebabkan seseorang lebih mudah menghidap keradangan selepas terdedah kepada alahan.
Rawatan bagi masalah sinusitis adalah bergantung kepada penyebabnya. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!