Sinusitis

Apakah Perbezaan Di Antara Radang Sinusitis Dan Selsema?

Baca Soalan

Apakah itu sinus?

Sinus adalah saluran yang menghubungkan rongga-rongga dalam tengkorak. Rongga terbesar adalah kira-kira satu inci. Terdapat beberapa sinus di bahagian muka iaitu:

  • Di belakang tulang pipi, anda mempunyai sinus maxillary anda iaitu yang terbesar

  • Di belakang dahi pula ialah sinus frontal anda

  • Antara mata anda adalah sinus etmoid anda

  • Dalam tulang di belakang hidung anda adalah sinus sphenoid

Terdapat lapisan yang lembut dan nipis dan bewarna merah jambu yang dikenali sebagai mukosa yang melindungi sinus. Biasanya, sinus adalah kosong atau terdapat satu lapisan lendir yang nipis. Bahagian hidung mempunyai rabung dikenali sebagai turbinates.

Biasanya struktur ini membantu melembapkan dan menapis udara. Terdapat juga dinding tipis yang dipanggil septum yang membelah hidung. Kebanyakan sinus mengalir ke hidung melalui saluran kecil atau saluran saliran yang doktor memanggil "meatus tengah."

Apakah itu sinusitis?

Sinusitis adalah radang dan bengkak lapisan tisu sinus. Sinus merupakan ruang rongga kecil yang berisi udara yang terletak di belakang dahi dan tulang pipi. Rongga udara atau sinus biasanya dipenuhi dengan udara. Apabila disekat dan dipenuhi cecair, kuman boleh tumbuh dan menyebabkan jangkitan.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sinus tersumbat termasuklah:

  • Selsema biasa

  • Rhinitis alahan atau bengkak lapisan lapisan hidung

  • Pertumbuhan kecil dalam lapisan hidung dipanggil polip hidung

  • Septum hidung yang menyimpang

Sinusitis boleh diklasifikasikan sebagai akut (acute) dan kronik. Sinusitis akut atau untuk jangka masa pendek ialah apabila ia berlaku selama kurang dari empat minggu. Sinusitis kronik pula berlaku apabila seseorang mengalami gejala yang lebih daripada 12 minggu.

Perbezaan sinusitis dan selsema

Selsema

  • Selsema bermakna seorang mengalami gejala seperti hidung tersumbat, hidung berair, kegatalan hidung dan bersin.

  • Selsema boleh berlaku sebelum seseorang mengalami sinusitis (radang sinus).

Sinusitis

  • Gejala sinusitis pula adalah keadaan di mana seseorang mengalami sakit pada bahagian belakang dahi dan tulang pipi, kekurangan deria rasa bau serta cecair keluaran hidung berwarna kuning atau kehijauan.

  • Sekiranya hidung anda tersumbat selama lebih daripada 10 hari, ia digelar sebagai jangkitan atau sinusitis (radang sinus).

Diagnosis sinusitis

Kebiasaannya, diagnosis dibuat dengan mendengar sejarah perubatan terutamanya gejala sinusitis yang dihadapi oleh pesakit. Diagnosis sinusitis akut biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan dengan lembut menekan sinus anda (iaitu pada belakang dahi dan tulang pipi) dengan jari mereka untuk mengesan sebarang kesakitan. Doktor juga akan memeriksa hidung anda dengan lampu suluh untuk mengenal pasti radang, polip hidung, tumor atau sebarang kelainan.

Doktor juga boleh melakukan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis seperti endoskopi hidung. Sejenis skop optik gentian nipis yang fleksibel akan diletakkan ke dalam sinus. Terdapat juga beberapa jenis ujian pengimejan seperti imbasan CT atau MRI untuk mencari keradangan atau keabnormalan hidung atau sinus lain. Kedua-dua ujian ini adalah tidak invasif. X-ray atau CT scan untuk bahagian sinus tidak diperlukan untuk mendiagnosis sinusitis yang tidak serius. Sekiranya doktor anda mengesyaki komplikasi atau jika anda telah berulang episod atau mempunyai gejala sinusitis yang berpanjangan, imbasan CT sinus anda mungkin diperlukan.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Sekiranya anda sakit selama 10 hari atau lebih dan keadaan kesihatan anda tidak berbaik pulih atau anda mendapat sedikit lebih baik dan kemudian menjadi sakit, anda mungkin mengalami jangkitan bakteria.

Jika ia adalah jangkitan sinus bakteria, anda mungkin memerlukan antibiotik. Anda juga boleh menjadi lebih baik tanpa ubat, tetapi antibiotik dapat membantu melegakan gejala sinusitis dengan lebih cepat.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda yang teruk, yang mungkin menjadi tanda jangkitan sinusitis yang lebih serius:

  • Demam tinggi (lebih daripada 39 darjah Celsius)

  • Sakit kepala yang teruk

  • Masalah penglihatan seperti kabur penglihatan

  • Leher yang tegang

  • Muka bengkak

Cara mengubati sinusitis

Anda boleh merawat sinusitis yang tidak begitu serius di rumah. Berikut adalah beberapa cara mengubati sinusitis tanpa pembedahan seperti yang berikut:

  • Redakan gejala sinusitis dengan meletakkan sekeping kain lapik yang direndam dalam air suam pada bahagian sinus yang sakit (belakang dahi atau tulang pipi).

  • Humidifier dapat membantu menjaga udara lembap.

  • Semburan hidung yang dalam bentuk spray ataupun air garam boleh digunakan untuk membilas dan membersihkan saluran hidung anda.

  • Banyakkan minum air putih dan cecair untuk menghilangkan lendir nipis.

  • Semburan saluran hidung kortikosteroid seperti fluticasone propionate (Flonase) boleh mengurangkan radang dalam sinus.

  • Ubat pseudoephedrine (Sudafed) boleh mengeringkan mukus.

  • Untuk melegakan kesakitan pada sinus, anda boleh makan ubat seperti acetaminophen atau ibuprofen.

  • Semasa anda tidur, naikkan kepala anda untuk memperbaiki saluran pernafasan.

Rawatan sinusitis yang kronik diperlukan untuk mengurangkan keradangan. Air garam atau semburan hidung yang mengandungi steroid adalah rawatan yang biasa digunakan. Penggunaan antibiotik tidak banyak membantu selalu. Pembedahan yang dinamakan endoscopic sinus surgery hanya diperlukan apabila sinusitis menganggu kehidupan seharian dan disarankan oleh doktor pakar. Sejenis skop kecil akan dimasukkan melalui hidung untuk mendekati bahagian sinus yang tersumbat. Pembedahan ini membantu membesarkan sinus supaya lendir atau mukus dapat mengalir keluar.

Sinusitis menjadi lebih teruk apabila seorang pesakit mengalami asma, alahan, polip hidung atau masalah sistem imun untuk melawan sebarang jangkitan.

Komplikasi daripada sinusitis

Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan pada bahagian keliling mata yang dikenali sebagai orbital atau periorbital disebabkan oleh sinusitis yang merebak ke bahagian terdekat. Bahaya sinusitis jika dibiarkan boleh membawa keadaan yang memudaratkan kesihatan seperti:

  • Sinusitis kronik

  • Jangkitan otak yang dikenali sebagai meningitis

  • Abses otak

Rawatan gagal dalam 10-25% pesakit sahaja. Jika ini berlaku, pertimbangan akan diambil oleh doktor untuk mengambil sejarah perubatan pesakit sekali lagi berserta pemeriksaan fizikal tambahan dan mungkin pengimejan seperti CT scan sinus diperlukan. Anda juga akan dimulakan dengan rawatan antibiotik yang sewajarnya.

Kira-kira 75% daripada jangkitan orbital atau periorbital adalah akibat daripada jangkitan sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna, atau rhinosinusitis yang dirawat sebahagiannya boleh menyebabkan rhinosinusitis kronik, meningitis, abses otak, atau komplikasi tambahan-sinus yang lain

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?