
Anonymous
5 tahun
Masalah air besar berdarah
saya seorang wanita berusia 29 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun dan belum mempunyai anak…sejak sebulan lalu saya alami masalah setiap kali buang air besar… najis saya seperti keras dan tajam dan akan membuatkan luka dan keluar darah yang banyak…2 hari lalu saya alami masalah yang sama dan tiba-tiba ada keputihan dan ada sedikit darah dalam keputihan itu keluar melalui faraj saya…adakah masalah air besar sy ada kaitan dengan keputihan itu?
hari ini skali lagi keputihan dan sedikit darah keluar fari faraj semasa saya buang air besar… menurut pengalaman doktor, apa masalah yg saya hadapi? jika sy tidak buang air besar keputihan itupon tidak ada…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah dan keputihan yang anda alami boleh jadi saling berkait ataupun tidak. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- Buasir - kedudukan buasir tersebut mungkin dekat dengan farah anda
- Fistula - sambungan yang tidak fisiologi antara lubang dubur dan faraj anda
- Masalah pembekuan darah - yang mengakibatkan kawasan bertekanan tinggi seperti dubur dan lubang faraj mudah berdarah
- Jangkitan - kulat atau virus HPV yang boleh menyebabkan pendarahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.