
Sulit
5 tahun
Masalah air kencing kotor walaupon tidak mengambil minuman manis
Hi doctor. Saya wanita belum berkahwin 29 tahun. Sejak beberapa hari ini saya mengalami pengurangan buangan air kencing walaupon telah minum air banyak. Air kencing juga dalam warna yang keruh. Saya juga tidak mengambil air manis sejak seminggu. Saya juga tidak berasa sakit semasa pembuangan air kencing. Adakah ini bahaya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, masalah air kencing kotor boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan pada saluran kencing (Urinary Tract Infection)
- Masalah batu karang
- Masalah kencing manis
- Jangkitan penyakit seksual (STD)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.