
Sulit
4 tahun
Masalah Angin Dalam Badan
Salam sejahtera.
Saya mewakili ibu bapa saya (berumur 53, 49) untuk bertanyakan tentang masalah angin yang dihadapi mereka.
Adakah faktor makanan? Jika ya faktor makanan, apakah makanan yang mereka perlu elakkan?
Selain itu, apakah pula makanan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan angin?
Untuk pengetahuan Dr, ibu bapa saya ingin menurunkan berat badan. Mereka kadang2 taknak makan mungkin itu yang menyebabkan angin.
Apakah nasihat Dr untuk ibu bapa saya untuk mengelakkan angin & pada masa yg sama dpt menurunkan berat badan?
Terima kasih atas sumbangan Dr untuk menjawab soalan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan angin badan dan mengurangkan berat badan adalah:
- Makan dalam jumlah yang sedikit
- Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
- Berhenti merokok
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan gula
- Perbanyakkan bersenam walaupun berjalan di taman
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.