
Sulit
3 tahun
Masalah angin setiap kali tidur
Husband saya setiap kali susah tidur dan setiap kali mkn rasa angin tolak.dia asyik kata itu Gerd.apakah sebenarnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah angin atau sendawa yang dialami oleh anda dan ini boleh mengganggu aktiviti harian dan juga tidur beliau. Anda tidak usah khuatir kerana kami ingin membantu anda. Untuk pengetahuan anda GERD dikenali sebagai Gastroesophageal reflux disease atau refluks asid. GERD disebabkan oleh asid perut naik ke esofagus seterusnya menyebabkan iritasi atau ketidakselesaan pada bahagian ulu hati.
Antara gejala GERD adalah:
- Pedih ulu hati
- Rasa ingin muntah
- Rasa masam pada tekak
- Gangguan tidur
Disebabkan suami anda kerap mengalami gejala, beliau disarankan untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami oleh suami anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.