
Sulit
5 tahun
Masalah angin & sukar sendawa
Saya ada masalah angin dalam perut & sukar untuk sendawa. Rasa seakan ada halangan bila terasa ingin sendawa. Disebabkan rasa tidak selesa, saya sering memaksa untuk sendawa dengan cuba untuk 'meneran’perut agar dapat mengeluarkan angin yang terperangkap. Sering kali, menyebabkan makanan dalam perut terkeluar seakan hendak muntah. Apa yang perlu saya lakukan bagi menormalkan keadaan ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih