
Sulit
4 tahun
Masalah baby dlm kandungan
Saya ada scan baby…Dan doktor bgtau yang baby ada suspek masalah buah pinggang.sy belom refer date UTK Jumpe pakar…sebab klinik kesiahatan Kene checkup saya lagi sekali…soalan saya ada tak makanan untuk menghilangkan penyakit itu atau ada tak cadangan lain untuk masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rawatan kepada masalah ini memerlukan khidmat nasihat daripada pakar. Untuk pemakanan, anda digalakkan untuk makan makanan seimbang dan mencukupi keperluan setiap hari. Setakat ini, belum ada makanan yang spesifik bagi menangani masalah ini. Kami juga memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai status kehamilan anda dan juga keputusan scan yang lebih mendalam perlulah diketahui sebelum dapat membuat apa-apa kesimpulan. Kami sarankan anda berhubung dengan doktor yang memeriksa anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih