aminuracd00

3 tahun

Masalah bangun tidur

saya berumur 22 tahun dan mempunyai masalah bangun tidur, saya bekerja shift pagi dan tengah hari, masalah yang saya hadapi ialah saya sukar untuk bangun mahupun pagi dan tengah hari, walaupun saya sudah set alarm dan menggunakan alarm yang kuat dan sangat bising semasa saya tidur saya tidak langsung pernah terjaga dari tidur dan tidak langsung menyedari bunyi alarm, dan semasa saya tidur memang saya tidak sedar apa2 walaupun bilik saya dimasuki atau pun orang menyentuh saya, untuk shift pagi sekurang2nya saya tidur pada pukul 11pm dan sepatutnya bangun pukul pukul 7am dan selalunya saya akan terbangun 8 atau 9 am, dan saya juga pernah terbangun pukul 11 am, saya dah menggunakan pelbagai alat untuk bangun tidur seperti jam loceng, jam alarm, saya masih tidak pernah sekali pun sedar dan menutup alarm atau jam, saya sangat berharap tolong berikan cara untuk yang boleh membuatkan saya mudah bangun dari tidur

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesukaran untuk bangun pada waktu pagi mungkin boleh disebabkan faktor gaya hidup, masalah kesihatan, dan ubat-ubatan. Ini termasuklah:

  • Parasomnias seperti bercakap semasa tidur, berjalan semasa tidur dan mimpi buruk

  • Apnea tidur yang menyebabkan pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur

  • Kekurangan tidur yang mungkin disebabkan tidur yang tidak berkualiti, kurang tidur atau tidak cukup tidur

  • Tekanan dan kegelisahan boleh mengganggu kemampuan anda untuk tidur atau tidur dengan lena

  • Kemurungan boleh menyebabkan mengantuk yang berlebihan pada waktu siang dan insomnia

  • Gangguan rutin tidur disebabkan kerja mengikut shift

  • Ubat-ubatan tertentu

  • Penyakit kronik, yang menyukarkan untuk tidur nyenyak

Oleh itu, harus diketahui terlebih dahulu punca kepada masalah anda sebelum rawatan boleh diberikan. Buat masa sekarang saya nasihatkan untuk anda

  • Buat jadual tidur- pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi dan bangun pada waktu yang sama setiap hari

  • Elakkan meminum kopi atau alkohol, melihat skrin alat elektronik seperti talefon atau laptop dan tidur di petang hari

  • Amalkan pemakanan yang sihat

  • Kerap bersenam

  • Dedahkan diri kepada matahari sebaik sahaja anda bangun

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

neck-pain-sakit-leher

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)