
Sulit
4 tahun
Masalah bayi yang berumur setahun lima bulan
Cucu sy berumur setahun 5 bulan n masih belum blh bercakap n perlukah berjumpa dgn pakar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah cucu anda.
Untuk pengetahuan anda, pertumbuhan bayi yang sihat biasanya dirujuk kepada developmental milestone iaitu satu jadual untuk melihat perkembangan kanak kanak. Merujuk kepada jadual ini, perkembangan kanak kanak di bahagikan kepada tiga iaitu skil motor kasar (gross motor), skil motor halus (fine motor) ,bahasa dan sosial. Skil skil ini dijadualkan mengikut umur kanak kanak.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk bayi berumur 5 bulan, berikut adalah skil yang sepatutnya didapati pada bayi tersebut:
- Skil motor kasar
- Boleh mengangkat kepala dengan stabil
- Boleh berguling
- Memegang alat mainan
- Duduk dengan sokongan di belakang
- Skil motor halus
- Menggapai objek
- Mengalihkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
- Bahasa
- Mula mengeluarkan bunyi mengikut percakapan orang sekeliling, tapi tidak mengeluarkan patah perkataan
- Menangis dengan cara berbeza untuk memberitahu sekiranya mereka lapar, sakit atau penat.
- Sosial
- Senyum kepada orang sekeliling
- Meniru ekspresi muka orang sekeliling
Melihat kepada cucu anda yang baru berumur 5 bulan, ianya normal sekiranya dia masih belum mengeluarkan patah perkataan seperti orang dewasa. Namun dia sepatutnya sudah mampu mengeluarkan bunyi yang tidak jelas.
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan cucu anda, sila berjumpa dengan pakar bertauliah untuk pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.