
Sulit
3 tahun
Masalah belakang badang berbintik
Saya nazrul berumur 18 tahun dah masalah saya badan belakang saya berbintik merah saya ingin tahu macam mana untuk menghadapi masalah ini

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami keresahan anda terkait gejala bintik merah yang dialami pada kawasan badan belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala badan belakang yang berbintik dan berwarna merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- jerawat badan
- alahan kulit
- perubahan hormon
- kelenjar peluh yang tersumbat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya seperti:
- gigitan serangga
- eczema atau dermatitis
- jangkitan yis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.