Sulit
3 tahun
Masalah berfikir dan sentiasa confuse
Saya lelaki berumur 14 tahun… Saya selalu confuse dengan apa yang saya lihat dan rasa… kadang² mood saya pun cepat berubah lepas tu selalu datang fikiran² yang menggambarkan bahawa saya sedang sakit… Dan kadang² ketika saya melihat tangan saya terasa seperti saya sedang melihat tangan orang lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah anda yang selalu keliru, mood cepat berubah, fikiran merasakan diri sakit serta mersakan tangan anda seperti tangan orang lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejal-gejala yang anda senaraikan boleh berlaku disebabkan oleh masalah berkaitan emosi. Emosi yang terjejas, jika tidak dibantu boleh membawa kepada perkara yang lebih serius iaitu masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan lain-lain.
Sesetengah masalah mental boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa atau tekanan kehidupan, namun begitu, ada juga masalah mental yang berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti masalah di dalam struktur otak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anda kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi talian sokongan bagi membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.


























