Sulit

3 tahun

Masalah berkaitan mental

saya wanita berusia 20 tahun. Semenjak pertengahan 2020, saya mendapati diri saya lebih suka menyediri di dalam bilik serta jarang makan. Porsi makan saya makin hari makin sedikit sehingga berat saya turun 15kg. Pola tidur saya makin tak teratur. waktu itu juga saya menjalankan pengajian tahun akhir secara online. saya tertekan kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat sehingga pembelajaran saya merosot. Kemudian, saya lebih suka menyakiti diri saya dengan menoreh tangan saya kerana itu buatkan diri saya lega. Setelah saya dimarahi, saya mula pergi ketandas dan menangis sehingga dada saya begitu sesak dan kepala saya sakit. Dan saya mula menoreh tangan saya. Bulan 11/2020, saya buat ujian dass dan hasilnya sangat teruk. Perkara ini berlanjutan sehingga tahun ini. Saya mula habis belajar dan praktikal selama 5bulan. Sebelum saya praktikal saya dikhabarkan bahawa menjadi kontak rapat covid 19 dan ini menimbulkan isu kepada orang sekeliling saya. Mereka mula menyalahkan diri saya Perkara itu membuat saya tertekan dan hampir setiap hari saya sering menyalahkan diri saya, hilang keyakinan, overthinking, menyendiri dan menangis. Kemudian Dalam tempoh masa 5bulan saya praktikal. Pelbagai perkara terjadi sehingga hari hari saya berfikir hendak bunuh diri. Saya menjadi lebih trauma bila majikan saya sering memaki maki saya dan perkara itu membuat saya lebih sakit. Hari hari saya dalam keadaan ketakutan. Saya sering ketandas untuk menangis dan menoreh tangan. Tidur saya menjadi makin tak tenang, bila bangun rasa tak bersemangat, buat kerja rasa kosong, rasa semua tak bermakna, rasa diri ni menyusahkan dan sebagainya. Saya kini sering menghidarkan diri daripada bergaul dengan sesiapa. Saya dah tak minat nak buat apa apa aktiviti. Saya lebih suka menyendiri dan berfikir saya tak berguna. Badan saya terasa sejuk dan mula berpeluh serta menggeletar apabila emosi tidak stabil. Saya tidak percayakan sesiapa untuk bercerita tentang masalah saya sebab pernah saya beritahu masalah saya kepada lect saya dah lect saya cuma cakap yang saya hanyalah emosi dan bukan ada masalah mental. Selepas habis praktikal, saya rasa hidup saya kosong, Emosi saya menjadi kosong dah tak terkawal. Menoreh tangan menjadi tabiat dalam hidup saya. Saya makan walaupun saya tak terlalu lapar untuk hilangkan sakit saya. Jika saya cemas, jantung saya mula berdegup dengan pantas, saya jadi tidak tentu arah dan mula menggeletar serta berpeluh. Ujian ujian dass yang saya kadang buat menunjukkan keputusan teruk/sangat teruk. Adakah ini emosi dan khayalan saya sahaja? Atau saya ada masalah kemurungan atau apa apa?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.

Merujuk kepada gejala yang sedang dialami, anda mungkin sedang mengalami masalah gangguan mental yang memerlukan perhatian doktor. Terdapat beberapa tanda jika seseorang itu sedang mengalami masalah kesihatan mental. Dari aspek psikologi:

  • Selalu dibebani rasa bersalah dan sering menyalahkan diri sendiri
  • Merasa putus asa, rendah diri, dan tidak berharga atau memiliki self esteem yang rendah
  • Selalu merasa cemas dan khawatir yang berlebihan
  • Suasana hati yang buruk atau sedih secara berkelanjutan
  • Mudah marah atau sensitif, serta mudah menangis
  • Sulit berkonsentrasi, berfikir, dan mengambil keputusan
  • Tidak menghiraukan tentang keadaan sekitarnya
  • Tidak tertarik dan tidak memiliki motivasi terhadap segala hal (anhedonia)
  • Timbul idea untuk menyakiti diri sendiri atau percubaan bunuh diri

Sementara itu, dari aspek fizikal:

  • Selalu merasa kelelahan dan hilang tenaga
  • Selera makan menurun atau tidak berselera makan
  • Insomnia atau malah terlalu banyak tidur
  • Pening atau rasa sakit yang tidak jelas alasannya
  • Gerak tubuh dan cara bercakap lebih lambat dari biasanya
  • Tidak ada gairah seksual
  • Berat badan turun secara drastis atau naik drastis

Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan inisiatif untuk menangani masalah ini, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.

Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.

Namun, anda sangat disarankan untuk bercakap dengan doktor atau menghubungi persatuan-persatuan dibawah untuk mendapatkan bantuan.

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

MyCareCov19

  • For emotional support
  • Government established
  • Email: mycarecov19@islam.gov.my
  • Language; Malay
  • Hotline: 03-8870 519/7527/7528

Mercy Malaysia

  • 8am to 5pm everyday
  • Language: English, Malay, Tamil
  • Hotline: 03-29359935

BEFRIENDERS

  • Hotline numbers:
    KL: 03-7956 8145 (24 hours)
    Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
    Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight)
  • E-Mail: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

ekaterina-krusanova-nA_8HbJajT4-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)