Sulit
2 tahun
Masalah bernafas atau susah bernafas
Saya xmengalami demam atau selsema atau batuk. Sya pernah checkup dan pd mulanya dktr syak mungkin ada tonsil tapi ujian mnnjukan negatif. Saya sihat dn x ada apa2 sakit. Akn ttpi kblakangan ini sya mngalami susah bernafas. Sya bernafas kuat… seolah2 sya mgalami kesukarAn utk bernafas spt normal. Ini x pernh tjadi sbelum ini. Kalau sya slsema lagi la sukar utk sya bernafas melalui hidung. Saya terpaksa mgunakan mlut utk bernafas. Hrp dktr dpt membantu saya. Trma kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala kesukaran untuk bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- Alahan
- Resdung
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Asma
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Anda disarankan merujuk masalah ini di hospital dengan segera kerana ia berkaitan dengan pernafasan. Jika anda ingin mendapatkan kepastian lebih lanjut, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.