Sulit

4 tahun

Masalah Bibir kering dan mengelupas (exfloliative cheilitis)

Hai, Assalammualaikum dan selamat sejahtera, saya seorang lelaki, 22. Mengalami masalah bibir kering dan mengelupas hampir 5 tahun. Saya telah berubat dengan
macam-macam cara:-

  • klinik pakar dermatologist
  • klinik biasa
  • pakai sebamed lipbalm
  • pakai vaselin
  • pakai aquaphor
  • pakai eucerin lipbalm
  • pakai minyak zaitun
  • pakai minyak kepala dara

Dan masalah bibir saya masih tidak sembuh dan semakin teruk. Saya ada buat beberapa research tentang isu ini dan ia mengatakan bibir saya seumpama dengan penyakit yang dinamakan (EXFOLIATIVE CHEILITIS)
Symptoms :-

  • kering dan mengelupas
  • kuping atau kulit mati menjadi putih jika terkena air
  • ulangi kering dan mengelupas setelah kulit mati bibir luruh.
  • tegang dan merekah
  • kering dan mengelupas setiap hari

jadi saya nak minta tolong doctor sangat-sangat tolong saya merawat penyakit ini kerana saya sangat terbeban susah untuk bercakap susah untuk makan susah untuk mandi. Untuk penyakit sebegini pernah tak doctor di DoctorOnCall, doctor Malaysia menerima jenis penyakit umpama saya? Dan adakah pesakit itu berjaya sembuh? Kerana diluar negara pesakit yang ada penyakit ini kebanyakkannya telah suicide kerana malu untuk hidup. Jadi saya mohon sangat doctor memberi kabar yang baik berkenaan isu ni. Saya sangat mahu pulih dan saya tidak mahu suicide. Tolong saya doctor.
Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bibi kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
  • dehidrasi (kurang minum air)
  • terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
  • alahan

Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:

  • Chelitis
  • Malnutrition dan dehidrasi

Untuk makluman anda, kami tidak pernah merawat masalah ini. Jika ia benar-benar exfoliative cheilitis, ia perlu dirawat oleh pakar kulit/dermatologist. Kami boleh merujuk anda kepada pakar yang bersesuaian.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.

ian-dooley-k8OCHhEymME-unsplash

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)