
ana97orked
5 tahun
Masalah bibir kering
Saya wanita berusia 21 tahun. Saya mengalami masalah bibir kering yang menyebabkan bibir mengelupas dan adakalanya kelihatan menggerutu. Bintik putih juga adakalanya muncul di permukaan bibir. Hal ini menimbulkan kesakitan dan sangat mengganggu saya. Masalah bibir kering ini sudah lama saya hadapi dan biasanya akan sembuh dalam tempoh masa yang singkat. Namun kebelakangan ini,keadaan bibir saya tak kunjung sembuh malahan semakin teruk walaupun setelah memakai pelembap bibir. Bagaimanakah cara yang berkesan untuk memulihkan bibir saya kembali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang air dalam badan
- kerap makan makanan pedas
- duduk dalam kawasan sejuk untuk tempoh yang lama seperti berhawa dingin
- kerap menjilat bibir
Anda disarankan:
- minum air yang mencukupi
- kurang makan makanan pedas
- elakkan duduk dalam kawasan berhawa dingin dengan kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.