
Sulit
4 tahun
Masalah biji kolestrol dimata
Sya wnita brumr29 thun.msalah sya ada biji kolestrol dimata.sdah 5thun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan yang anda alami. Untuk maklumat anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah biji di bahagian mata yang anda sedang alami untuk mengetahui punca sebenar sama ada ia disebabkan oleh kolesterol ataupun sebab lain.
Antara sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian berkemungkinan berpunca daripada sebab-berikut:
- Kandungan kolesterol tinggi
- Jangkitan berulang pada bahagian kulit mata
- Sista di bahagian mata atau dikenali sebagai chalazion
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mempunyai masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda.
Anda juga boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut di atas talian. Terima kasih.