
Sulit
4 tahun
Masalah buah pinggang atau tidak
Selamat pagi,
Saya seorang wanita dan ibu kepada bayi perempuan. Saya melahirkan Mei lalu dengan kaedah forcep biasa. Selepas melahirkan saya mengalami masalah kesihatan di mana saya merasakan air kencing saya berkurang dan perut saya penuh dengan air. Semasa memeriksa ujian air kencing terdapat bacaan bakteria 1+. Adakah ini berkaitan dengan masalah buah pinggang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, maksud bakteria +1 dalam air kencing menandakan ada bakteria (organisma kuman) di dalam air kencing tersebut. Ianya boleh disebabkan oleh jangkitan saluran kencing ataupun pencemaran sampel yang berlaku ketika membuat ujian air kencing.
Untuk makluman anda, saluran kencing manusia terdiri daripada dua bahagian:
- Saluran kencing bahagian atas yang terdiri daripada buah pinggang (ginjal) dan ureter
- Saluran kencing bahagian bawah yang terdiri daripada pundi kencing dan urehtra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan)
Jangkitan saluran kencing diakibatkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing. Biasanya, bakteria tersebut akan keluar menerusi air kencing. Sebaliknya, sekiranya ia tetap berada dalam saluran kencing ini akan mengakibatkan jangkitan. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami:
- demam
- menggigil
- sakit ketika hendak membuang air kecil
Tambahan, untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan sakuran kencing, anda dinasihatkan untuk:
- menjaga kebersihan
- menggunakan air yang bersih untuk mencuci alat sulit
- menggantikan tuala wanita sekurang-kurangnya 6 jam sekali ketika datang bulan
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih